Isnin, 21 Mei 2012

10 LANGKAH KESEJAHTERAAN KEWANGAN

10 langkah untukmembantu anda mencapai kesejahteraan kewangan.
1)Tanggungjawab kewangan bermula dengan saya
Melakukan perubahan
Langkah pertama dalam mengendalikan pengurusan kewangan peribadi anda ialah dengan mengenali dan mengkaji sikap anda semasa berurusan dengan duit. Anda bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan anda. Hanya dengan inisiatif anda sendiri anda dapat memperbaikikan keadaan kewangan anda sekarang. Anda perlu beranikan diri untuk mengakui bahawa anda menghadapi masalah kewangan, dan seterusnya bersemuka dengan masalah yang dihadapi, dan percaya kepada diri anda bahawa anda dapat mengubah sikap anda dalam membuat keputusan kewangan.

Tanggungjawab kewangan adalah bermula dengan anda!

Jika anda telah bersedia dan ingin melakukan perubahan, berikrar untuk bermula!

Berikrar…
Bersedia dan sudi mengambil tanggungjawab kewangan
  1. Saya akan membuat keputusan kewangan dengan memahami perbezaan antara kehendak dan keperluan.
  2. Saya akan sedar akan kesan iklan ke atas keputusan kewangan saya dan menyelesaikan tidak dipengaruhi oleh iklan.
  3. Saya akan menjaga kewangan saya harian dengan menjejaki perbelanjaan dan mewujudkan bajet yang fleksibel dan realistik.
  4. Saya akan menabung untuk masa depan saya.
  5. Saya akan mematuhi dan mengikuti bajet yang telah dibuat.
  6. Saya akan teruskan pendidikan saya mengenai kedudukan kewangan, belanjawan, kredit, dan hutang peribadi.
  7. Saya akan merancang untuk perbelanjaan saya.
  8. Saya akan mengajar anak-anak saya berkenaan kepentingan pengurusan kewangan.
  9. Jika saya mempunyai masalah kewangan, saya akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mendapatkan bantuan daripada agensi sah yang sedia ada.
  10. Saya berikrar untuk mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki status kewangan saya.

Tahniah! Anda sudah bersedia, mampu, dan sanggup melakukan perubahan untuk kewangan peribadi yang bertanggungjawab !

2)Kenali kedudukan kewangan anda
Sebelum melakukan sebarang perancangan, anda perlu memahami kedudukan kewangan semasa anda, iaitu dengan mengambil kira apa yang dimiliki anda dan jumlah hutang anda.

Anda boleh mengira nilai harta bersih anda untuk mengetahui kedudukan kewangan anda. Anda boleh jumlahkan semua aset seperti rumah, kereta, barang kemas dan tolak jumlah hutang yang anda tanggung seperti pinjaman rumah atau pinjaman pelajaran.

Contoh kalkulator NILAI HARTA BERSIH ANDA http://www.akpk.org.my/my/aplikasi/kalkulator?calc=content_4 

Jika anda mempunyai nilai harta bersih yang positif, ini bermaksud anda memiliki lebih daripada hutang anda. Tetapi, mempunyai nilai harta bersih yang tinggi tidak menjaminkan anda tidak akan menghadapi kesulitan kewangan. Apabila hutang anda melebihi apa yang dimiliki, nilai harta bersih anda adalah negatif. Ini bermakna anda mungkin menghadapi kesulitan semasa membayar balik hutang anda. 

Ada beberapa cara untuk menjadikan nilai harta bersih anda dari negatif kepada positif, seperti:
  •     Menambah tabungan
  •     Kurangkan perbelanjaan
  •     Kurangkan hutang
  •     Menjual sebahagian daripada harta bersih atau aset yang tidak menjanakan keuntungan

Mendapatkan laporan kredit anda
Laporan kredit anda boleh memberi gambaran keseluruhan keadaan kewangan anda. Mengkaji laporan kredit anda untuk ketepatan juga boleh membantu anda untuk mengenal pasti kesilapan atau aktiviti penipuan. Berkuat kuasa bulan Mac 2002, Biro Kredit boleh memberikan maklumat kredit kepada mana-mana individu sekiranya ada permintaan. Laporan kredit boleh diperoleh dari Bank Negara Malaysia secara percuma melalui langkah-langkah berikut dan pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen asal untuk pengesahan.

Sila layari pautan di bawah untuk mengetahui cara untuk mendapatkan laporan kredit anda.  http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=15&pg=24&ac=22

3)Catatkan perbelanjaan anda
Adakah anda pernah bertanya ke manakah duit anda pergi setiap bulan? Adakah duit anda sentiasa tidak mencukupi untuk setiap bulan? Adakah anda sentiasa menghitung hari gaji anda walaupun anda baru mendapat gaji pada dua minggu yang lepas?

Anda dapat mengesan aliran duit anda jika anda mencatatkan perbelanjaan harian anda, dan ini memainkan peranan penting dalam menyediakan bajet peribadi anda.

Secara amnya, perbelanjaan boleh dibahagikan kepada perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh ubah. Perbelanjaan tetap adalah perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti bayaran ansuran kereta atau sewa rumah. Perbelanjaan boleh ubah ialah seperti makanan dan bil telefon bimbit di mana ia berubah-ubah dari bulan ke bulan bergantung kepada perbelanjaan anda.

Untuk membantu anda mengenal pasti perbelanjaan anda, rekodkan setiap sen yang anda belanjakan - walaupun ia hanya minuman ringan dari kedai atau duit bayar tol ke dalam buku rekod anda.

Dengan cara ini, ia dapat membantu anda untuk mengenal pasti di mana duit anda yang paling banyak dibelanjakan dan seterusnya dapat mengurangkan perbelanjaan ke atas kategori tersebut. Ini juga dapat mengawal perbelanjaan anda.

4)Menetapkan matlamat kewangan anda
Tetapkan matlamat kewangan anda adalah sangat penting dalam perancangan pelan kewangan anda. Anda perlu mempunyai matlamat kewanga yang perlu dicapai sebagai dorongan untuk mengalakkan anda dalam berjaya melaksanakan pelan perancangan kewangan anda.

Anda boleh kategorikan setiap matlamat anda kepada:
  •     Matlamat jangka masa pendek 
 Dapat dicapai dalam masa kurang daripada 1 tahun, biasanya melibatkan nilai yang rendah dan mudah dicapai seperti membeli telefon bimbit bernilai RM 800.
  •     Matlamat jangka masa sederhana
        Dapat dicapai dalam masa 1 hingga 3 tahun, seperti membayar deposit membeli rumah pertama sebanyak RM 20,000
  •     Matlamat jangka masa panjang
        Perlukan masa lebih daripada 3 tahun untuk mencapainya. Biasanya melibatkan amaun yang banyak seperti pelan persaraan peribadi

Muat turun borang MATLAMAT KEWANGAN SAYA

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu menetapkan matlamat yang S.M.A.R.T iaitu:
  •     Specific
        Matlamat yang spesifik untuk dicapai seperti hendak mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun.
  •     Measurable
       Matlamat yang dapat diukur atau dikira seperti hendak membeli kereta bernilai RM 56,700.
  •     Achievable
       Matlamat yang boleh dicapai mengikut kemampuan anda. Menetapkan matlamat yang terlalu tinggi boleh membawa kepada kekecewaan.
  •     Rewarding
        Matlamat yang mendatangkan kebaikan. Matlamat yang dicapai akan memberi kebaikan kepada usaha anda untuk mencapainya.
  •     Trackable
        Matlamat yang dapat dikesan. Tetapkan jadual pencapaian untuk mencapai matlamat anda, seperti mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun, perlu mengumpul RM 20,000 untuk setiap tahun.

Selain daripada menetapkan matlamat yang S.M.A.R.T, anda juga perlu mengambil kira keperluan dan kehendak anda. Kita boleh mempunyai seberapa matlamat yang perlu dicapai dalam hidup kita. Tetapi, apakah matlamat yang hendak kita capai dahulu, bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat yang lebih penting untuk dicapai? Anda perlu membezakan antara keperluan dan kemahuan anda, dan seterusnya menilai keutamaan anda untuk menunaikan matlamat yang lebih ‘penting’.

Selepas anda mencatatkan matlamat anda, bezakan matlamat tersebut sama ada ia keperluan atau kemahuan. Kemudian, tentukan keutamaan matlamat tersebut berdasarkan kepentingan. Contoh, menjelaskan hutang kad kredit lebih penting daripada membeli alat permainan video.

5)Buat bajet sebelum perbelanjaan
Bajet adalah anggaran yang dibuat pada awal bulan dan dibandingkan dengan aliran tunai sebenar anda pada akhir bulan. Bajet dapat membantu anda untuk mencapai matlamat anda jika anda berdisiplin dalam mematuhi bajet anda.

Untuk menyediakan bajet yang terurus, anda perlu ingat untuk:
  •     Bersabar dan berdisplin. Penyediaan bajet yang baik perlu mengambil masa dan usaha yang berterusan. Patuhi bajet yang telah dibuat.
  •     Bersikap realistik. Jangan mengidamkan sesuatu yang di luar kemampuan anda dalam jangka masa pendek.
  •     Bersikap fleksibel. Mungkin terdapat perbelanjaan yang tidak diduga seperti perbelanjaan ubatan yang lebih, maka kaji semula bajet apabila perlu.

Ingat, bajet hanya memberi manfaat jika anda mematuhi bajet anda!
Muat turun borang BAJET DAN PERBELANJAAN SEBENAR ANDA

6)Simpan sebelum belanja
Masa mendapat gaji bulanan anda, adakah anda menjelaskan hutang dahulu atau menyimpan dahulu? Adalah lebih baik untuk anda simpan dahulu sebelum sebarang perbelanjaan. Semasa mendapat pendapatan bulanan anda, anda dinasihatkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda. Kemudian, anda perlu membayar hutang bulanan anda dan akhirnya berbelanja dengan apa yang ada. Untuk mereka yang mempunyai lebihan duit, mungkin anda boleh membuat pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

Untuk mencapai matlamat kewangan, kemungkinan besar anda akan perlu menyimpan duit. Simpanan adalah bahagian penting dalam pelan pengurusan wang.

Jadikan menyimpan suatu tabiat. Terus menyimpan setelah anda mendapat pendapatan bulanan anda. Jika anda risau bahawa anda akan lupa, anda boleh beri arahan kepada bank untuk memindahkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan daripada akaun semasa ke akaun simpanan secara automatik setiap bulan.

7)Bersedia untuk kecemasan
Malang tidak berbau. Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan kecemasan yang tidak dapat didugai. Selain daripada simpanan tetap yang dibuat setiap bulan, anda juga perlu untuk mengasingkan sebahagian duit anda sebagai tabung kecemasan. Tabung tersebut hendaklah dapat menampung kehidupan anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekiranya anda tidak mendapat pendapatan pada masa tersebut, contoh seperti anda mengalami kemalangan dan tidak dapat bekerja untuk suatu tempoh masa yang panjang, atau anda dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi. Dalam situasi tersebut, tabung kecemasan dapat membantu anda dapat menampung kehidupan harian anda untuk 6 bulan untuk memberi masa anda untuk mencari kerja baru atau pulih daripada kecederaan.

Berapakah anda perlu untuk tabung kecemasan anda? Jika anda memerlukan lebih kurang RM 2,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan atau sewa, bil elektrik dan air, anda sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM 12,000 dalam tabung kecemasan (RM 2,000 X 6 bulan = RM 12,000).

Menurut kepada statistik AKPK pada tahun 2010, sebab utama mereka yang mempunyai masalah hutang adalah disebabkan perbelanjaan kesihatan yang tinggi. Ini mungkin dapat dielakkan jika seseorang itu mempunyai tabung simpanan untuk masalah kesihatannya.

Pernahkah anda berfikir berapa lamakah simpanan anda dapat menampung kehidupan harian anda jika anda tidak mendapat sebarang pendapatan

8)Menyelesaikan hutang anda
Terdapat dua kaedah popular yang digunakan orang untuk menangani hutang. Iaitu:
  1.     Menumpukan kepada membayar hutang dengan baki terkecil pertama (tidak lupakan untuk membuat pembayaran hutang yang lain).
  •         Kaedah ini boleh sangat memuaskan kerana anda melihat kemajuan dengan cepat.
   2.    Menumpukan kepada membayar balik hutang dengan kadar faedah tertinggi. - Kaedah ini akan menjimatkan yang paling faedah yang dikenakan dari semasa ke semasa.
  •         Tidak kira apa kaedah yang anda pilih, anda perlu bersabar dan berterusan untuk menjelaskan hutang anda.

Kesan buruk hutang yang banyak

Biro kredit berperanan untuk mengumpul maklumat kredit berkenaan peminjam individu, perniagaan (perkongsian dan perseorangan), syarikat dan entiti kerajaan.

Biro kredit akan menyimpan maklumat kredit dalam sebuah sistem pengkalan yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System – CCRIS). CCRIS akan mengumpul dan memproses maklumat tersebut menjadi laporan kredit yang boleh diguna pakai oleh mana-mana institusi untuk menilai pinjaman anda. http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?lang=bm

Setiap kali anda membuat permohonan bagi pinjaman baru, institusi kewangan berkenaan akan menyemak sejarah bayaran anda dengan merujuk kepada CCRIS. Sekiranya laporan CCRIS menunjukkan yang anda gagal atau lewat membuat bayaran, institusi kewangan mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman anda kerana anda mungkin tidak menguruskan pinjaman dengan baik atau anda sebenarnya menghadapi kemelut kewangan.

Selain rekod yang tidak baik dalam CCRIS, gagal dalam membayar balik pinjaman mungkin menyebabkan anda didakwa oleh institusi kewangan, harta anda dilelong, dan anda mungkin disaman untuk pemfailan perintah bankrap sekiranya hutang anda mencecah RM 30,000 ke atas.

Jika anda menghadapi masalah hutang yang banyak dan anda tidak tahu cara untuk menyelesainya anda boleh menghubungi pihak AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Ia merupakan satu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia di mana ia dapat membantu anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. http://www.akpk.org.my/

9)Mengurangkan perbelanjaan anda
Untuk meningkatkan simpanan anda, anda boleh mencari jalan untuk mendapat lebih atau kurang berbelanja. Anda boleh bermula dengan idea kurangkan perbelanjaan yang lebih senang dilaksanakan.

Adalah penting untuk memahami bahawa setiap pembelian kita buat adalah atas pilihan kita. Terdapat beberapa cara untuk membantu anda dalam mengurangkan perbelanjaan anda atau berbelanja secara berhemat:

    Membandingkan harga - Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belah yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti adalah sama.
    Berubah kepada barang generik atau jenama pasar raya - Anda boleh berjimat antara 15% - 40% jika menggunakan barang generik atau jenama pasar raya besar. Biasanya kualiti barang generik dan barang berjenama tidak banyak perbezaannya.
    Merancang pembelian - Sebelum membeli-belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhi senarai tersebut
    Prinsip 24 jam – menunggu sehingga 24 jam sebelum membuat keputusan pembelian bagi barang yang sangat berharga ataupun didesak oleh jurujual. Untuk membeli, selalu katakan bahawa ana ingin pulang dan berfikir. Jangan sesekali mengambil keputusan pada masa itu juga. Selepas membuat keputusan dan fikir masak-masak, sekiranya memang berbaloi untuk membelinya, barulah anda membeli barang tersebut.
    Menggunakan pengangkutan awam - Jika ada peluang, gunakan pengangkutan awam. Ini akan mengurangkan penggunaan petrol, tol dan bayaran tempat letak kereta.
    Elakkan pembelian mengikut gerak hati - Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja lebih. Barang yang ditempatkan di lokasi yang strategik seperti di kaunter pembayaran akan mempengaruhi kita untuk membeli mengikut gerak hati.
    Berhati-hati dengan gimik iklan - Jangan mudah terpengaruhi dengan gimik iklan dan janji-janji manis penjual. Kita perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama ada kita memerlukan barang tersebut dan bukannya dipengaruhi oleh iklannya yang menarik.

Muat turun lebih banyak tip-tip penggunaan berhemat http://www.kkk.org.my/melayu/images/3kpenggunaberhemat.pdf

10)Merancang untuk persaraan
Bilakah anda perlu berfikir tentang persaraan? Anda tidak terlalu muda ataupun tua untuk merancang persaraan anda. Adalah lebih baik untuk merancang untuk persaraan pada masa anda mula bekerja. Persaraan memerlukan bilangan wang yang banyak dan masa yang panjang untuk mencapainya. Jadi adalah baik untuk memupuk tabiat menyimpan pada usia muda. Anda tidak hanya mengharapkan simpanan KWSP atau pencen kerana kemungkinan simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup yang selesa ketika persaraan. Kadar inflasi juga patut diambil kira dalam merancang persaraan anda.

http://www.einsuran.com/ExpensesCalculator.aspx

4 ulasan:

  1. Adakah anda memerlukan bantuan kewangan atau pinjaman segera? dan anda telah dikecewakan oleh bank. Kami boleh menyediakan pembiayaan langsung sehingga RM5000000 pada kadar faedah yang mudah Untuk maklumat lanjut dan keperluan borang permohonan, Hubungi kami melalui e-mel uspf.associates@gmail.com
    Salam.

    BalasPadam
  2. Hello Am Puan, Morgan Debra Am pemberi pinjaman pinjaman yang sah dan boleh dipercayai memberi pinjaman
    atas terma yang jelas dan mudah difahami dan syarat pada kadar faedah 2%. dari
    $ 12000 kepada $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. jika anda
    memerlukan pinjaman apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda untuk menghubungi saya secara langsung
    di: morgandebra1986@gmail.com
    Tuhan memberkati Anda.
    Yang benar,
    Puan Morgan Debra
    E-mel: morgandebra1986@gmail.com


    Nota: Semua jawapan hendaklah dihantar kepada: morgandebra1986@gmail.com

    BalasPadam
  3. Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman pinjaman tulen? anda berada di tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. pinjaman kami kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan penerima dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
    sila hubungi kami melalui e-mel melalui patriciajames205@gmail.com. Jadi, jika anda ingin mendapatkan pinjaman daripada syarikat saya, anda boleh hubungi kami hari ini.
    Terima kasih

    Puan Patricia James

    BalasPadam
  4. Adakah anda Memerlukan pinjaman kredit kewangan segera?
    * Pemindahan yang sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lamakah masa untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat yang sah dan berlesen ini, yang diberi kuasa
    untuk memberikan bantuan kewangan kepada semua orang
    Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan pinjaman

    e-mel: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    SYARIKAT PINJAMAN TUNAI TUNAI
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +601111850392
    E-mel: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    BalasPadam