Organisasi

CARTA ORGANISASI KPS SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD.

PENGENALAN

 Kelab Pengguna Sekolah (KPS)

Golongan pelajar merupakan kumpulan pengguna generasi baru (New Consumer Group) yang bakal mempunyai kuasa beli sendiri dan berupaya mempengaruhi permintaan serta penawaran barang dan perkhidmatan suatu hari nanti.

Sehubungan dengan itu, salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah.

Tujuan Utama Penubuhan KPS

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan generasi muda mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna seterusnya mempengaruhi corak  penggunaan, pemikiran, gaya hidup dan tindakan mereka berkaitan aspek-aspek kepenggunaan.

OBJEKTIF PENUBUHAN KPS

»    Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepenggunaan di kalangan pelajar.
»    Menggalakkan pelaksanaan program/aktiviti kepenggunaan di peringkat sekolah
»    Mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan pelajar.
»    Membentuk generasi muda yang rasional dalam membuat keputusan pembelian barangan/perkhidmatan dengan mengambil kira faktor harga, kualiti, keselamatan, penggunaan sumber, ekologi dan keadaan ekonomi semasa.
»    Mewujudkan kumpulan pengguna generasi baru yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab.
 
KEAHLIAN KPS
»    Terbuka kepada semua pelajar-pelajar sekolah yang berminat menyertainya.
»    Ahli wajib menghormati, mendukung dan mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab disepanjang masa dalam semua keadaan.
»    Ahli wajib menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab dan sekolah.
KPS mestilah dibimbing oleh Guru Penasihat KPS.



FOKUS PENDIDIKAN DAN MODUL KPS

Program/aktiviti pendidikan kepenggunaan melibatkan pelajar sekolah dan IPT memberi tumpuan kepada 3 fokus utama yang praktikal dan mudah diaplikasikan oleh pelajar-pelajar iaitu perbelanjaan berhemat, pemakanan seimbang dan pemeliharaan alam sekitar. Bagi menggalakkan aktiviti kepenggunaan berdasarkan tiga fokus tersebut, KPDNKK dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam sekitar telah menyediakan modul pendidikan kepenggunaan KPS bagi panduan aktiviti dan program KPS. Modul-modul tersebut boleh di muat turun seperti di bawah :
»        Modul perbelanjaan berhemat
»        Modul pemakanan seimbang
»        Modul pemeliharaan alam sekitar


PROGRAM / AKTIVITI KPS

Program / Aktiviti Pendidikan Kepenggunaan KPS


Pelbagai program/aktiviti pendidikan kepenggunaan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) melibatkan guru dan pelajar sekolah telah dilaksanakan seperti berikut :

»Ceramah / Taklimat
»Sudut Kepenggunaan
»Seminar
»Bengkel
»Pameran
»Lawatan
»Dialog / Forum
»Pidato / Debat
»Esei Kepenggunaan
»Sembang Pengguna
»Kuiz Pengguna
»Explorace Pengguna
»Pertandingan Menu sihat
»Projek Kitar Semula
»Cabaran Interaktif Pengguna
»Kem Kelab Pengguna Sekolah
»Latihan Guru Penasihat KPS
»Anugerah Kelab Pengguna Sekolah