Selasa, 22 Mei 2012

10 TABIAT MEROSAKKAN OTAK.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

BAHAYA KEPAK AYAM


Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.


Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.


sumber: siakapkeli.blogspot.com

RAHSIA KECANTIKAN WANITA JEPUN

Gadis jepun majoritinya mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. Pasti anda tertanya-tanya apakah rahsia mereka bukan? Antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Ingin tahu lebih lanjut? Jom semak panduan berikut!
Vitamin C
Gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. Oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buah buahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih
Gadis jepun majoritinya mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. Pasti anda tertanya-tanya apakah rahsia mereka bukan? Antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Ingin tahu lebih lanjut? Jom semak panduan berikut!
Vitamin C
Gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. Oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buah buahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih

Kacang merah
Gadis jepun memanfaatkan azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. Hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat. Beras merah bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.
 
Beras Merah
Bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Pengelupasan
Gadis jepun rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah hingga membuatkan wajah mereka tampak berseri dan tidak nampak kusam.
Alga
Wakame, sejenis alga laut yang ditemukan di perairan jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.

KESAN AIR COKE

Mari kita lihat apa yang berlaku didalam perut selepas kita meminum air kegemaran ramai nie..kalau nak tau kesahihannya cubalah sendiri.

 
 








Isnin, 21 Mei 2012

10 LANGKAH KESEJAHTERAAN KEWANGAN

10 langkah untukmembantu anda mencapai kesejahteraan kewangan.
1)Tanggungjawab kewangan bermula dengan saya
Melakukan perubahan
Langkah pertama dalam mengendalikan pengurusan kewangan peribadi anda ialah dengan mengenali dan mengkaji sikap anda semasa berurusan dengan duit. Anda bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan anda. Hanya dengan inisiatif anda sendiri anda dapat memperbaikikan keadaan kewangan anda sekarang. Anda perlu beranikan diri untuk mengakui bahawa anda menghadapi masalah kewangan, dan seterusnya bersemuka dengan masalah yang dihadapi, dan percaya kepada diri anda bahawa anda dapat mengubah sikap anda dalam membuat keputusan kewangan.

Tanggungjawab kewangan adalah bermula dengan anda!

Jika anda telah bersedia dan ingin melakukan perubahan, berikrar untuk bermula!

Berikrar…
Bersedia dan sudi mengambil tanggungjawab kewangan
  1. Saya akan membuat keputusan kewangan dengan memahami perbezaan antara kehendak dan keperluan.
  2. Saya akan sedar akan kesan iklan ke atas keputusan kewangan saya dan menyelesaikan tidak dipengaruhi oleh iklan.
  3. Saya akan menjaga kewangan saya harian dengan menjejaki perbelanjaan dan mewujudkan bajet yang fleksibel dan realistik.
  4. Saya akan menabung untuk masa depan saya.
  5. Saya akan mematuhi dan mengikuti bajet yang telah dibuat.
  6. Saya akan teruskan pendidikan saya mengenai kedudukan kewangan, belanjawan, kredit, dan hutang peribadi.
  7. Saya akan merancang untuk perbelanjaan saya.
  8. Saya akan mengajar anak-anak saya berkenaan kepentingan pengurusan kewangan.
  9. Jika saya mempunyai masalah kewangan, saya akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mendapatkan bantuan daripada agensi sah yang sedia ada.
  10. Saya berikrar untuk mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki status kewangan saya.

Tahniah! Anda sudah bersedia, mampu, dan sanggup melakukan perubahan untuk kewangan peribadi yang bertanggungjawab !

2)Kenali kedudukan kewangan anda
Sebelum melakukan sebarang perancangan, anda perlu memahami kedudukan kewangan semasa anda, iaitu dengan mengambil kira apa yang dimiliki anda dan jumlah hutang anda.

Anda boleh mengira nilai harta bersih anda untuk mengetahui kedudukan kewangan anda. Anda boleh jumlahkan semua aset seperti rumah, kereta, barang kemas dan tolak jumlah hutang yang anda tanggung seperti pinjaman rumah atau pinjaman pelajaran.

Contoh kalkulator NILAI HARTA BERSIH ANDA http://www.akpk.org.my/my/aplikasi/kalkulator?calc=content_4 

Jika anda mempunyai nilai harta bersih yang positif, ini bermaksud anda memiliki lebih daripada hutang anda. Tetapi, mempunyai nilai harta bersih yang tinggi tidak menjaminkan anda tidak akan menghadapi kesulitan kewangan. Apabila hutang anda melebihi apa yang dimiliki, nilai harta bersih anda adalah negatif. Ini bermakna anda mungkin menghadapi kesulitan semasa membayar balik hutang anda. 

Ada beberapa cara untuk menjadikan nilai harta bersih anda dari negatif kepada positif, seperti:
  •     Menambah tabungan
  •     Kurangkan perbelanjaan
  •     Kurangkan hutang
  •     Menjual sebahagian daripada harta bersih atau aset yang tidak menjanakan keuntungan

Mendapatkan laporan kredit anda
Laporan kredit anda boleh memberi gambaran keseluruhan keadaan kewangan anda. Mengkaji laporan kredit anda untuk ketepatan juga boleh membantu anda untuk mengenal pasti kesilapan atau aktiviti penipuan. Berkuat kuasa bulan Mac 2002, Biro Kredit boleh memberikan maklumat kredit kepada mana-mana individu sekiranya ada permintaan. Laporan kredit boleh diperoleh dari Bank Negara Malaysia secara percuma melalui langkah-langkah berikut dan pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen asal untuk pengesahan.

Sila layari pautan di bawah untuk mengetahui cara untuk mendapatkan laporan kredit anda.  http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=15&pg=24&ac=22

3)Catatkan perbelanjaan anda
Adakah anda pernah bertanya ke manakah duit anda pergi setiap bulan? Adakah duit anda sentiasa tidak mencukupi untuk setiap bulan? Adakah anda sentiasa menghitung hari gaji anda walaupun anda baru mendapat gaji pada dua minggu yang lepas?

Anda dapat mengesan aliran duit anda jika anda mencatatkan perbelanjaan harian anda, dan ini memainkan peranan penting dalam menyediakan bajet peribadi anda.

Secara amnya, perbelanjaan boleh dibahagikan kepada perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh ubah. Perbelanjaan tetap adalah perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti bayaran ansuran kereta atau sewa rumah. Perbelanjaan boleh ubah ialah seperti makanan dan bil telefon bimbit di mana ia berubah-ubah dari bulan ke bulan bergantung kepada perbelanjaan anda.

Untuk membantu anda mengenal pasti perbelanjaan anda, rekodkan setiap sen yang anda belanjakan - walaupun ia hanya minuman ringan dari kedai atau duit bayar tol ke dalam buku rekod anda.

Dengan cara ini, ia dapat membantu anda untuk mengenal pasti di mana duit anda yang paling banyak dibelanjakan dan seterusnya dapat mengurangkan perbelanjaan ke atas kategori tersebut. Ini juga dapat mengawal perbelanjaan anda.

4)Menetapkan matlamat kewangan anda
Tetapkan matlamat kewangan anda adalah sangat penting dalam perancangan pelan kewangan anda. Anda perlu mempunyai matlamat kewanga yang perlu dicapai sebagai dorongan untuk mengalakkan anda dalam berjaya melaksanakan pelan perancangan kewangan anda.

Anda boleh kategorikan setiap matlamat anda kepada:
  •     Matlamat jangka masa pendek 
 Dapat dicapai dalam masa kurang daripada 1 tahun, biasanya melibatkan nilai yang rendah dan mudah dicapai seperti membeli telefon bimbit bernilai RM 800.
  •     Matlamat jangka masa sederhana
        Dapat dicapai dalam masa 1 hingga 3 tahun, seperti membayar deposit membeli rumah pertama sebanyak RM 20,000
  •     Matlamat jangka masa panjang
        Perlukan masa lebih daripada 3 tahun untuk mencapainya. Biasanya melibatkan amaun yang banyak seperti pelan persaraan peribadi

Muat turun borang MATLAMAT KEWANGAN SAYA

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu menetapkan matlamat yang S.M.A.R.T iaitu:
  •     Specific
        Matlamat yang spesifik untuk dicapai seperti hendak mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun.
  •     Measurable
       Matlamat yang dapat diukur atau dikira seperti hendak membeli kereta bernilai RM 56,700.
  •     Achievable
       Matlamat yang boleh dicapai mengikut kemampuan anda. Menetapkan matlamat yang terlalu tinggi boleh membawa kepada kekecewaan.
  •     Rewarding
        Matlamat yang mendatangkan kebaikan. Matlamat yang dicapai akan memberi kebaikan kepada usaha anda untuk mencapainya.
  •     Trackable
        Matlamat yang dapat dikesan. Tetapkan jadual pencapaian untuk mencapai matlamat anda, seperti mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun, perlu mengumpul RM 20,000 untuk setiap tahun.

Selain daripada menetapkan matlamat yang S.M.A.R.T, anda juga perlu mengambil kira keperluan dan kehendak anda. Kita boleh mempunyai seberapa matlamat yang perlu dicapai dalam hidup kita. Tetapi, apakah matlamat yang hendak kita capai dahulu, bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat yang lebih penting untuk dicapai? Anda perlu membezakan antara keperluan dan kemahuan anda, dan seterusnya menilai keutamaan anda untuk menunaikan matlamat yang lebih ‘penting’.

Selepas anda mencatatkan matlamat anda, bezakan matlamat tersebut sama ada ia keperluan atau kemahuan. Kemudian, tentukan keutamaan matlamat tersebut berdasarkan kepentingan. Contoh, menjelaskan hutang kad kredit lebih penting daripada membeli alat permainan video.

5)Buat bajet sebelum perbelanjaan
Bajet adalah anggaran yang dibuat pada awal bulan dan dibandingkan dengan aliran tunai sebenar anda pada akhir bulan. Bajet dapat membantu anda untuk mencapai matlamat anda jika anda berdisiplin dalam mematuhi bajet anda.

Untuk menyediakan bajet yang terurus, anda perlu ingat untuk:
  •     Bersabar dan berdisplin. Penyediaan bajet yang baik perlu mengambil masa dan usaha yang berterusan. Patuhi bajet yang telah dibuat.
  •     Bersikap realistik. Jangan mengidamkan sesuatu yang di luar kemampuan anda dalam jangka masa pendek.
  •     Bersikap fleksibel. Mungkin terdapat perbelanjaan yang tidak diduga seperti perbelanjaan ubatan yang lebih, maka kaji semula bajet apabila perlu.

Ingat, bajet hanya memberi manfaat jika anda mematuhi bajet anda!
Muat turun borang BAJET DAN PERBELANJAAN SEBENAR ANDA

6)Simpan sebelum belanja
Masa mendapat gaji bulanan anda, adakah anda menjelaskan hutang dahulu atau menyimpan dahulu? Adalah lebih baik untuk anda simpan dahulu sebelum sebarang perbelanjaan. Semasa mendapat pendapatan bulanan anda, anda dinasihatkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda. Kemudian, anda perlu membayar hutang bulanan anda dan akhirnya berbelanja dengan apa yang ada. Untuk mereka yang mempunyai lebihan duit, mungkin anda boleh membuat pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

Untuk mencapai matlamat kewangan, kemungkinan besar anda akan perlu menyimpan duit. Simpanan adalah bahagian penting dalam pelan pengurusan wang.

Jadikan menyimpan suatu tabiat. Terus menyimpan setelah anda mendapat pendapatan bulanan anda. Jika anda risau bahawa anda akan lupa, anda boleh beri arahan kepada bank untuk memindahkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan daripada akaun semasa ke akaun simpanan secara automatik setiap bulan.

7)Bersedia untuk kecemasan
Malang tidak berbau. Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan kecemasan yang tidak dapat didugai. Selain daripada simpanan tetap yang dibuat setiap bulan, anda juga perlu untuk mengasingkan sebahagian duit anda sebagai tabung kecemasan. Tabung tersebut hendaklah dapat menampung kehidupan anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekiranya anda tidak mendapat pendapatan pada masa tersebut, contoh seperti anda mengalami kemalangan dan tidak dapat bekerja untuk suatu tempoh masa yang panjang, atau anda dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi. Dalam situasi tersebut, tabung kecemasan dapat membantu anda dapat menampung kehidupan harian anda untuk 6 bulan untuk memberi masa anda untuk mencari kerja baru atau pulih daripada kecederaan.

Berapakah anda perlu untuk tabung kecemasan anda? Jika anda memerlukan lebih kurang RM 2,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan atau sewa, bil elektrik dan air, anda sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM 12,000 dalam tabung kecemasan (RM 2,000 X 6 bulan = RM 12,000).

Menurut kepada statistik AKPK pada tahun 2010, sebab utama mereka yang mempunyai masalah hutang adalah disebabkan perbelanjaan kesihatan yang tinggi. Ini mungkin dapat dielakkan jika seseorang itu mempunyai tabung simpanan untuk masalah kesihatannya.

Pernahkah anda berfikir berapa lamakah simpanan anda dapat menampung kehidupan harian anda jika anda tidak mendapat sebarang pendapatan

8)Menyelesaikan hutang anda
Terdapat dua kaedah popular yang digunakan orang untuk menangani hutang. Iaitu:
  1.     Menumpukan kepada membayar hutang dengan baki terkecil pertama (tidak lupakan untuk membuat pembayaran hutang yang lain).
  •         Kaedah ini boleh sangat memuaskan kerana anda melihat kemajuan dengan cepat.
   2.    Menumpukan kepada membayar balik hutang dengan kadar faedah tertinggi. - Kaedah ini akan menjimatkan yang paling faedah yang dikenakan dari semasa ke semasa.
  •         Tidak kira apa kaedah yang anda pilih, anda perlu bersabar dan berterusan untuk menjelaskan hutang anda.

Kesan buruk hutang yang banyak

Biro kredit berperanan untuk mengumpul maklumat kredit berkenaan peminjam individu, perniagaan (perkongsian dan perseorangan), syarikat dan entiti kerajaan.

Biro kredit akan menyimpan maklumat kredit dalam sebuah sistem pengkalan yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System – CCRIS). CCRIS akan mengumpul dan memproses maklumat tersebut menjadi laporan kredit yang boleh diguna pakai oleh mana-mana institusi untuk menilai pinjaman anda. http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?lang=bm

Setiap kali anda membuat permohonan bagi pinjaman baru, institusi kewangan berkenaan akan menyemak sejarah bayaran anda dengan merujuk kepada CCRIS. Sekiranya laporan CCRIS menunjukkan yang anda gagal atau lewat membuat bayaran, institusi kewangan mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman anda kerana anda mungkin tidak menguruskan pinjaman dengan baik atau anda sebenarnya menghadapi kemelut kewangan.

Selain rekod yang tidak baik dalam CCRIS, gagal dalam membayar balik pinjaman mungkin menyebabkan anda didakwa oleh institusi kewangan, harta anda dilelong, dan anda mungkin disaman untuk pemfailan perintah bankrap sekiranya hutang anda mencecah RM 30,000 ke atas.

Jika anda menghadapi masalah hutang yang banyak dan anda tidak tahu cara untuk menyelesainya anda boleh menghubungi pihak AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Ia merupakan satu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia di mana ia dapat membantu anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. http://www.akpk.org.my/

9)Mengurangkan perbelanjaan anda
Untuk meningkatkan simpanan anda, anda boleh mencari jalan untuk mendapat lebih atau kurang berbelanja. Anda boleh bermula dengan idea kurangkan perbelanjaan yang lebih senang dilaksanakan.

Adalah penting untuk memahami bahawa setiap pembelian kita buat adalah atas pilihan kita. Terdapat beberapa cara untuk membantu anda dalam mengurangkan perbelanjaan anda atau berbelanja secara berhemat:

    Membandingkan harga - Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belah yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti adalah sama.
    Berubah kepada barang generik atau jenama pasar raya - Anda boleh berjimat antara 15% - 40% jika menggunakan barang generik atau jenama pasar raya besar. Biasanya kualiti barang generik dan barang berjenama tidak banyak perbezaannya.
    Merancang pembelian - Sebelum membeli-belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhi senarai tersebut
    Prinsip 24 jam – menunggu sehingga 24 jam sebelum membuat keputusan pembelian bagi barang yang sangat berharga ataupun didesak oleh jurujual. Untuk membeli, selalu katakan bahawa ana ingin pulang dan berfikir. Jangan sesekali mengambil keputusan pada masa itu juga. Selepas membuat keputusan dan fikir masak-masak, sekiranya memang berbaloi untuk membelinya, barulah anda membeli barang tersebut.
    Menggunakan pengangkutan awam - Jika ada peluang, gunakan pengangkutan awam. Ini akan mengurangkan penggunaan petrol, tol dan bayaran tempat letak kereta.
    Elakkan pembelian mengikut gerak hati - Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja lebih. Barang yang ditempatkan di lokasi yang strategik seperti di kaunter pembayaran akan mempengaruhi kita untuk membeli mengikut gerak hati.
    Berhati-hati dengan gimik iklan - Jangan mudah terpengaruhi dengan gimik iklan dan janji-janji manis penjual. Kita perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama ada kita memerlukan barang tersebut dan bukannya dipengaruhi oleh iklannya yang menarik.

Muat turun lebih banyak tip-tip penggunaan berhemat http://www.kkk.org.my/melayu/images/3kpenggunaberhemat.pdf

10)Merancang untuk persaraan
Bilakah anda perlu berfikir tentang persaraan? Anda tidak terlalu muda ataupun tua untuk merancang persaraan anda. Adalah lebih baik untuk merancang untuk persaraan pada masa anda mula bekerja. Persaraan memerlukan bilangan wang yang banyak dan masa yang panjang untuk mencapainya. Jadi adalah baik untuk memupuk tabiat menyimpan pada usia muda. Anda tidak hanya mengharapkan simpanan KWSP atau pencen kerana kemungkinan simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup yang selesa ketika persaraan. Kadar inflasi juga patut diambil kira dalam merancang persaraan anda.

http://www.einsuran.com/ExpensesCalculator.aspx

10 Punca Komputer Rosak

Di sini saya senaraikan 10 cara pengguna merosakkan komputer mereka agar anda lebih sedar ketika menggunakan komputer

1. Tidak mengguna pelaras voltan automatik.

Ini merupakan salah satu tindakan yang boleh merosakkan komputer secara fizikal. Ramai yang berfikir bahawa komputer hanya dalam bahaya ketika ribut dan kilat, tetapi hakikatnya apa – apa yang mengganggu litar elektrik boleh menyebabkan peningkatan voltan. Sesuatu semudah membuka suatu peralatan elektrik yang bersambung kepada soket yang sama dengan komputer anda boleh menyebabkan berlakunya peningkatan voltan.

Anda boleh melindungi sistem anda daripada peningkatan voltan. Ini dapat dilakukan dengan memasang pelaras voltan automatik atau automatic voltage regulators (AVR). Untuk memberi perlindungan yang lebih baik, anda boleh dapatkan Uninterruble Power Supply atau UPS yang berkebolehan memberikan bekalan elektrik berterusan untuk beberapa minit sekiranya bekalan elektrik luar terputus dengan tiba – tiba. Masa tambahan ini dapat membantu anda menyimpan segala kerja yang sedang anda lakukan dan menutup komputer dengan selamat. UPS sudah semestinya lebih mahal dari AVR yang tiada fungsi bekalan berterusan ini.

2. Melayari Internet tanpa pelindungan firewall


Ramai pengguna komputer rumah menyambung komputer ke kabel telefon atau modem DSL dan terus melayari Internet, tanpa menyedari bahawa mereka sedang meletakkan komputer mereka dalam risiko diserang virus, spyware atau penggodam (hackers). Setiap komputer yang disambung ke Internet hendaklah dilindungi oleh perisian firewall.

Contoh firewall yang terdapat di pasaran adalah seperti KERIO atau ZONE ALARM, Windows juga mempunyai firewall yang sedia ada iaitu ICF/Windows Firewall. Firewall juga amat berguna kerana jika anda menggunakan laptop firewall akan tetap berada dengan anda jikalau anda membawa laptop anda ke tempat yang menawarkan perkhidmatan Internet tanpa wayar (wireless). Namun demikian, hanya memiliki firewall sahaja tidak mencukupi, ia patut dipasang dan diset dengan betul.

3. Tidak mengemas kini program antivirus dan anti-spyware

Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan pengguna tidak sukakan perisian antivirus. Ianya bukanlah satu perisian produktiviti yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan berbagai jenis dokumen kerja. Antivirus juga boleh menghalang program yang ingin dijalankan dari berfungsi baik. Anda mungkin perlu menyahaktifkan untuk memasang sesetengah perisian dan ianya perlu dikemaskinikan selalu untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya. Pemasangan antivirus juga menyebabkan komputer menjadi berat dan perlahan. Tarikh langganannya amat pendek dan anda sering diminta bayar untuk terus menggunakannya. Apabila pengguna gagal membuat bayaran, antivirus gagal berfungsi dan menjadi satu kemudaratan kepada pengguna.

Namun dalam suasana kini, anda tidak boleh biarkan komputer anda tanpa perlindungan antivirus. Program – program yang dikesan oleh antivirus – yakni virus, trojan, worm dan sebagainya boleh membawa lebih banyak kerosakan dan kerugian masa serta wang berbanding dengan waktu menguruskan antivirus itu sendiri.
Spyware merupakan satu lagi ancaman yang semakin membesar, program ini akan memasang dirinya ke komputer anda (biasanya tanpa pengetahuan anda) dan mengumpul kesemua data dan maklumat mengenai komputer anda lalu menghantarnya balik kepada pemilik spyware tersebut. Spyware adalah punca nombor satu komputer menjadi perlahan dan lembap. Kebanyakan perisian anti-virus tidak mengesan spyware dan oleh itu adalah penting untuk memasang program anti-spyware yang khusus.

4. Memasang dan Membuang Program Sewenang - Wenangnya
Ramai pengguna amat gemar memasang berbagai jenis perisian freeware dan shareware yang dimuat turun dari Internet. Tidak kurang juga yang membeli perisian – perisian cetak rompak dari pusat membeli belah. Sesetengah orang berpendapat lebih banyak perisian dimuatkan ke dalam komputer, maka lebih canggih dan berkuasalah komputer mereka.

Hakikatnya adalah semakin banyak perisian yang anda pasang, semakin besarlah risiko komputer anda dijangkiti virus atau spyware yang akan merosakkan sistem anda. Risikonya adalah lebih besar jika perisian dimuat turun dari laman – laman web yang dicurigai

Semakin banyak perisian yang dipasang dan dibuang secara berulang akan memperlahankan atau merosakkan sistem komputer anda. Pembuangan program tidak semestinya membuang perisian tersebut secara menyeluruh dan juga tidak membuang sebarang virus dan spyware yang ditanam olehnya. Akibatnya prestasi komputer anda tetap semakin perlahan.

Anda seharusnya hanya memasang perisian yang betul-betul anda perlukan. Anda juga seharusnya mengurangkan pemasangan dan pembuangan program.

5. Menyimpan cakera keras yang penuh.

Antara kesan pemasangan perisian yang tidak dipantau adalah ia akan memenuhi cakera keras anda. Setiap komputer dibekalkan dengan cakera keras yang mempunyai kapasiti atau muatan ruang bebas atau free space yang terhad. Setiap kali perisian dipasang, fail dimasukkan ke dalam cakera keras. Fail memenuhi ruang bebas cakera. Akibat dari ini kapasiti ruang bebas cakera berkurangan. Jika ini tidak dikawal, lambat – laun komputer anda akan menjadi perlahan. Anda sepatutnya memastikan ruang bebas cakera keras anda tidak menurun kurang dari 10% dari kapasiti asalnya. Ini bermakna jika cakera keras anda adalah 200GB, ruang bebas tidak harus dibenarkan jatuh ke bawah paras 20GB.

Anda boleh menggunakan perisian “disk defragmenter” yang dibina ke dalam Windows  (Programs/Accessories/System Tools) ataupun perisian lain. Anda juga boleh gunakan program “Disk Cleanup” yang terdapat di dalam Windows untuk mencari dan membersihkan fail – fail yang tidak diperlukan dalam komputer anda dan mendapat kembali ruang bebas cakera.

6. Membuka kesemua lampiran.

Kebanyakan pengguna suka membuka lampiran-lampiran yang dihantar melalui e-mel tanpa meghiraukan bahawa lampiran tersebut kemungkinan besarnya mengandungi virus yang boleh memadamkan kesemua data yang terkandung di dalam cakera keras.
Antara lampiran yang paling berbahaya adalah lampiran yang mempunyai sambungan seperti – exe, cmd dan macam – macam lagi. Dahulunya kita berasa bahawa fail Microsoft Word dan grafik yang didapati melalui e-mel adalah selamat, tetapi malangnya tidak lagi. Satu fail seperti greatfile .jpg .exe mungkin disangkakan hanyalah gambar grafik atau foto oleh kebanyakkan pengguna. Hakikatnya ialah ianya adalah satu program yang mungkin mengandungi virus, trojan atau worm.

7. Klik segala-galanya.

Jika anda jenis orang yang suka klik kesemua benda yang boleh diklik, anda seharusnya memberhentikan tabiat tersebut. Ini kerana lampiran atau link yang diklik mungkin mengandungi kod Active X yang merupakan perisian yang boleh merosakkan sistem anda.

Jika anda tertekan link yang salah ia mungkin membawa anda ke laman web yang mengandungi usur lucah, cetak rompak dan berbagai lagi yang boleh mengundang masalah buat anda.

8. Berkongsi fail

Kita dididik dari kecil bahawa amalan berkongsi itu adalah baik. Namun dalam dunia kini, bukan semua jenis perkongsian itu adalah baik. Dalam alam siber, berkongsi maklumat peribadi seperti nama, e-mel, alamat rumah, nombor telefon dan lebih teruk lagi nombor pin akuan bank serta kad kredit boleh menyebabkan anda jadi muflis! Semua bentuk maklumat peribadi – termasuk fail dokumen peribadi dan kerja anda – hanya harus dikongsi dengan mereka yang anda benar – benar anda percaya dan ada keperluan berbuat demikian.

Walaupun kebanyakan jenis maklumat yang "dicuri" dari komputer sebenarnya diberikan secara "sukarela" oleh pengguna yang kurang arif berkenaan keselamatan on-line, namun ada juga maklumat yang dicuri oleh penggodam atau "hackers" tanpa disedari oleh pengguna. Cara terbaik untuk menghidari dari masalah ini adalah dengan memasang perisian Firewall. Perisian Firewall boleh mencegah hackers dari menyambung kepada komputer anda dan mendapat akses kepada maklumat di dalamnya.

9. Memilih kata laluan yang salah.

Ini merupakan satu kesilapan yang kerap dilakukan. Apabila menetapkan katalaluan atau password untuk apa jua tujuan, jangan memilih kata laluan yang mudah seperti hari jadi, no KP ataupun nama orang yang tercinta. Kata laluan seharusnya panjang sehingga 14 aksara dan mengandungi campuran huruf dan nombor. Tidak ada salahnya anda menggunakan satu atau dua katalaluan sahaja untuk semua tujuan – asalkan anda boleh mengingatnya dan ianya tidak mudah diteka. Akhirnya janganlah buat katalaluan begitu rumit atau "canggih" sehinggakan anda sendiri pun tidak dapat mengingatinya!

10. Tidak membuat fail salinan sandar.(backup file)

Malang tidak berbau. Komputer, seperti juga mesin – mesin yang lain akan satu hari rosak juga. Jika kerosakan ini melibatkan cakera keras, ia boleh menyebabkan anda mengalami kehilangan data atau maklumat secara kekal. Walaupun kebanyakan pengguna tidak banyak menjana data atau maklumat peribadi, namun bagi segelintir yang aktif menggunakan komputer untuk tujuan kerjaya dan pendidikan, kehilangan data peribadi yang kekal ini boleh diibaratkan satu malapetaka yang besar. Komputer boleh diperbaiki dan jika perlu digantikan dengan yang baru. Segala perisian boleh diisi semula dari CD-ROM atau dimuat-turun dari Internet. Namun tidak ada sebarang cara untuk anda mendapatkan semula data peribadi anda sekiranya sudah hilang atau rosak secara kekal. Dalam keadaan ini hanya satu perkara sahaja yang boleh menyelamatkan anda – data peribadi yang sudah disandarkan atau backup.

Membuat salinan sandar atau backup copy fail – fail peribadi merupakan aspek penggunaan komputer yang paling kerap diabaikan – dan seringkali pengguna terpaksa menanggung kos tinggi untuk kecuaian ini. Dahulunya proses membuat salinan sandar atau backup ini mungkin mahal dan mengambil masa yang lama, namun kini ianya sungguh mudah sekali. Bagi kebanyakan pengguna peralatan thumb drive sudah memadai untuk memuatkan salinan segala data peribadi. Ada juga pengguna yang menggunakan dua thumb drive – satu sebagai media storan utama dan yang kedua sebagai media storan sandaran atau backup copy.


Jadi jika anda ada menghasilkan maklumat atau data penting, pastikan anda menyimpan salinan sandarnya. Ianya boleh menjadi penyelamat tatkala mesin anda dilanda kerosakkan serius.


sumber: http://www.pcdotcom.my/2012/04/10-punca-komputer-rosak.html

Khamis, 10 Mei 2012

30 TIPS PENGGUNA BIJAK :)

  1.     Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
  2.     Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
  3.     Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
  4.     Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
  5.     Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
  6.     Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
  7.     Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
  8.     Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
  9.     Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
  10.     Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
  11.     Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
  12.     Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
  13.     Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
  14.     Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
  15.     Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
  16.     Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
  17.     Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
  18.     Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
  19.     Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
  20.     Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
  21.     Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
  22.     Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
  23.     Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  24.     Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan.
  25.     Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
  26.     Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
  27.     Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’. Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
  28.     Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
  29.     Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
  30.     Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.

Rabu, 9 Mei 2012

Apakah Hak-Hak Pengguna?

Apakah Hak-Hak Pengguna?
  • 1 ) HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.

Keperluan asas bagi pengguna ialah seperti berikut:

MAKANAN
  •     Pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang berterusan.
  •     Pengguna berhak mendapat makanan dengan harga yang berpatutan, berkualiti dan berkhasiat.
  •     Timbangan serta sukatan hendaklah bertepatan.
  •     Pengguna berhak untuk mendapat info mengenai makanan yang dibeli serta status halal yang
              diluluskan oleh JAKIM

TEMPAT TINGGAL

  •     Pengguna berhak untuk mendapat tempat tinggal yang selamat.
  •     Antara undang-undang yang melindungi pengguna ialah seperti

      1. Akta Pemaju Perumahan 1966
      2. Akta Kontrak 1950
 
PAKAIAN

  •     Pakaian yang berkualiti.
  •     Info pada lebel pakaian yang jelas bagi penjagaan pakaian yang betul.

  • 2) HAK UNTUK MENDAPAT BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG SELAMAT
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

Pengguna berhak untuk mendapat perlindungan keselamatan apabila menggunakan barangan seperti ubat-ubatan,bahan kimia,racun serangga,alatan elektronik ataupun perkhidmatan.

Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada barangan serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.

UBAT-UBATAN
  •     Pastikan pengguna mendapat nasihat daripada Doktor atau Pegawai Kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana ubat.
  •     Pastikan bilangan serta dosage yang diambil adalah tepat untuk mengelakkan kesan sampingan.
  •     Antara undang-undang yang melindungi pengguna adalah seperti:
1. Akta Ubat 1956
2. Akta Pendaftaran Farmasi 1951

RACUN SERANGGA/BAHAN KIMIA

  •     Pilihlah makanan (sayur-sayuran atau buah-buahan) yang menggunakan bahan organik .
  •     Baca lebel cara penggunaan terlebih dahulu sebelum menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia.

ALATAN ELEKTRONIK

  •     Pilih alatan elektronik yang mempunyai kelulusan SIRIM.
  •     Pilih alatan elektronik yang mudah dikendalikan serta menjimatkan tenaga.
  •     Pastikan mendapat ‘warannty’ bagi peralatan elektronik yang dibeli.
  •     Pengguna yang bijak akan memilih alatan elektronik yang mesra alam!.
  •     Di Malaysia, undang-undang yang melindungi keselamatan pengguna ialah;

a) Akta Makanan 1983
b) Peraturan-peraturan Makanan 1985
c) Akta ELektrik 1949 (Pindaan 1973)
d) Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia 1975 (SIRIM)

  • 3) HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.

Setiap pengguna berhak mendapat maklumat tentang perkara-perkara berikut:

  •     Harga barangan yang berpatutan
  •     Mutu barangan yang terjamin
  •     Berat dan sukatan barangan tepat.
  •     Isi kandungan barangan
  •     Cara menggunakan barangan

Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika. Sila rujuk RUKUN NIAGA.
   
Hak mendapat maklumat yang tepat dan sesuai adalah penting untuk membolehkan pengguna membuat keputusan yang wajar dan bijak semasa membeli.
   
Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada LEBEL & IKLAN

LABEL

    Pengguna bijak mestilah melihat pada label untuk mendapatkan maklumat seperti:
1. Tarikh luput.
2. Kandungan barangan.
3. Maklumat nutrisi.
4. Berat kandungan.
5. Logo halal yang sah.

    Label yang baik mestilah:
  •     Mengandungi maklumat yang tepat
  •     Mudah difahami
  •     Tidak mengelirukan
  •     Maklumat yang disahihkan

PENGIKLANAN
Pengguna jangan mudah terpengaruh dengan peniklanan yang:
  •     Mengelirukan
  •     Gimik promosi

  • 4) HAK UNTUK MEMBUAT PILHAN
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

Pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut:
  •     Harga barang itu berpatutan
  •     Barang dalam keadaan baik
  •     Barang selamat digunakan
  •     Barang menepati contoh yang diberi atau diiklankan
Hak untuk memilih adalah penting supaya pengguna tidak terburu-buru dalam membuat keputusan membeli. Penjual tidak berhak memaksa dan membuat keputusan bagi pihak pengguna.

Belilah barangan buatan Malaysia!
  • 5) HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

  •     Pengguna berhak menyuarakan pendapat mereka sebagai pengguna melalui badan atau pergerakan pengguna.
  •     Melalui pergerakan pengguna, segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Dengan cara ini, hak dan kepentingan pengguna dapat dijamin secara berkesan.

  • 6) HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Pengguna boleh menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang yang dikembalikan. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli makanan dalam tin (contoh ikan sardin) dan mendapat tarikh guna barang ittu telah luput. Anda boleh mendapatkan ganti rugi melalui penggantian tin yang baru atau wang dikembalikan kepada anda.

Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
  •     barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik (cth; tin kemik)
  •     barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan
  •     mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan
  •     barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna
                                                                                           
Pengguna juga berhak mendapat pampasan jika pengguna ditimpa kemalangan ketika berada di kedai peniaga akibat kecuaian peniaga

  • 7) HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional. Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.
  
 Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui beberapa cara iaitu;

  1.     melalui pendidikan formal di sekolah/Institut Pengajian Tinggi dan juga pendidikan informal melalui  teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling.
  2.     melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti CAP dan FOMCA
  3.     melalui bengkel, seminar dan ceramah yang berkaitan dengan kepenggunaan
  4.     melalui media massa seperti laman sesawang dan juga laman blog berkenaan kepenggunaan.
Kelab-kelab Pengguna juga telah diwujudkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat Institut Pengajian Tinggi untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang pendidikan kepenggunaan

  • 8) HAK UNTUK HIDUP DALAM ALAM SEKITAR YANG SIHAT DAN SELAMAT.
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Apa yang anda boleh lakukan?
  •     Kitar Semula.
  •     Tanam pokok dihalaman rumah.
  •     Guna kenderaan awam.
  •     Kurangkan penggunaan alatan elektrik yang melepaskan CFC.
  •     Pilihlah produk yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam.
  •     Kurangkan penggunaan beg plastik. Gunakan beg kitar semula!
  •     Jimatkan penggunaan kertas, untuk urusan berkaitan gunalah aplikasi elektronik yang mengurangkan penggunaan kertas.



Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?
  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan  tanda perniagaan.
  • Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  • Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
  • Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  • Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  • Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
Aduan Pengguna
  • Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
  • Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
  • Talian bebas tol
1 - 800 - 886 - 800
  • Portal Rasmi:
      http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/

Pengguna sering ditipu menerusi:
    • Penipuan Perkhidmatan
    • Penipuan Harga
    • Cetak Rompak
    • Penipuan Jualan Langsung
    • Produk Tiruan
    • Tanda Harga Yang Mengelirukan
    • Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
    • Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
    • Penipuan Perjanjian Sewa Beli

Poster: Hak Pengguna


Selasa, 8 Mei 2012

Learning For Life


Contents
           
            Acknowledgements                                                                                                     2
            Why this training Manual                                                                                             3
            Our Focus                                                                                                                    4
            Module 1                                                                                                                     6
            Part I - Consumer Rights and Responsibilities                                                              7
            Part II - Consumer Laws                                                                                              11
            Module II                                                                                                                     14
            Part I - Consumers and Food                                                                                       15
            Part II - Consumers and Drugs                                                                                     17
            Part III - Consumers and Cosmetics                                                                             17
            Module III                                                                                                                   18
            Part I - The business of Commercial Persuasion                                                          19
            Module IV                                                                                                                   22
            Part I - The 'Green' Consumer                                                                                      23
            Part II - What is Sustainable Consumption?                                                                 24
            Module V                                                                                                                    26
            Suggested activities in schools                                                                                     27




THE SEVEN HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE by Stephen R. Covey

 #1 NATIONAL BESTSELLER (OVER 10 MILLION SOLD)

Stephen Covey has written a remarkable book about the human condition, so elegantly written, so
understanding  of  our  embedded  concerns,  so  useful  for  our  organization  and  personal  lives,  that  it's
going to be my gift to everyone I know.
      -- Warren Bennis, author of On Becoming a Leader



Children TV Ads by Bjurstrom

A critical study of international research concerning the effects of TV-commercials on children
Report 1994/95:8 BY ERLING BJURSTRÖM
Sila muat turun sini

Poster: Jangan Mengeluh!


Poster: Kewangan


Poster: Berfikir


Poster: EGO

Fikir-fikirkanlah !!

Poster: Sikap


Poster

Marilah melakukan perubahan untuk sebuah kejayaan :)

Poster Pengguna: Kewangan


Rancanglah masa depan anda!!

Cola or Coconuts ?

Choices?  

Cola or coconuts?
Toddy or tea?
Limejuice or Pepsi?
What will it be? 

Rice or bananas?
Fish from the sea?
Twisties or taro chips?
What is for tea?

Tin roof or thatched roof?
Village or city?
Windows or open?
What do you see?

Family or friends?
Church or TV?
Elder or superstar?
What will you be?