Apakah Hak-Hak Pengguna?
Keperluan asas bagi pengguna ialah seperti berikut:
MAKANAN
TEMPAT TINGGAL
1. Akta Pemaju Perumahan 1966
2. Akta Kontrak 1950
PAKAIAN
Pengguna berhak untuk mendapat perlindungan keselamatan apabila menggunakan barangan seperti ubat-ubatan,bahan kimia,racun serangga,alatan elektronik ataupun perkhidmatan.
Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada barangan serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.
UBAT-UBATAN
RACUN SERANGGA/BAHAN KIMIA
ALATAN ELEKTRONIK
Setiap pengguna berhak mendapat maklumat tentang perkara-perkara berikut:
Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika. Sila rujuk RUKUN NIAGA.
Hak mendapat maklumat yang tepat dan sesuai adalah penting untuk membolehkan pengguna membuat keputusan yang wajar dan bijak semasa membeli.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada LEBEL & IKLAN
LABEL
Pengguna bijak mestilah melihat pada label untuk mendapatkan maklumat seperti:
Label yang baik mestilah:
PENGIKLANAN
Pengguna jangan mudah terpengaruh dengan peniklanan yang:
Pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut:
Belilah barangan buatan Malaysia!
Pengguna boleh menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang yang dikembalikan. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli makanan dalam tin (contoh ikan sardin) dan mendapat tarikh guna barang ittu telah luput. Anda boleh mendapatkan ganti rugi melalui penggantian tin yang baru atau wang dikembalikan kepada anda.
Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
Pengguna juga berhak mendapat pampasan jika pengguna ditimpa kemalangan ketika berada di kedai peniaga akibat kecuaian peniaga
Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional. Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.
Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui beberapa cara iaitu;
Apa yang anda boleh lakukan?
Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?
Pengguna sering ditipu menerusi:
- 1 ) HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS
Keperluan asas bagi pengguna ialah seperti berikut:
MAKANAN
- Pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang berterusan.
- Pengguna berhak mendapat makanan dengan harga yang berpatutan, berkualiti dan berkhasiat.
- Timbangan serta sukatan hendaklah bertepatan.
- Pengguna berhak untuk mendapat info mengenai makanan yang dibeli serta status halal yang
TEMPAT TINGGAL
- Pengguna berhak untuk mendapat tempat tinggal yang selamat.
- Antara undang-undang yang melindungi pengguna ialah seperti
1. Akta Pemaju Perumahan 1966
2. Akta Kontrak 1950
PAKAIAN
- Pakaian yang berkualiti.
- Info pada lebel pakaian yang jelas bagi penjagaan pakaian yang betul.
- 2) HAK UNTUK MENDAPAT BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG SELAMAT
Pengguna berhak untuk mendapat perlindungan keselamatan apabila menggunakan barangan seperti ubat-ubatan,bahan kimia,racun serangga,alatan elektronik ataupun perkhidmatan.
Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada barangan serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.
UBAT-UBATAN
- Pastikan pengguna mendapat nasihat daripada Doktor atau Pegawai Kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana ubat.
- Pastikan bilangan serta dosage yang diambil adalah tepat untuk mengelakkan kesan sampingan.
- Antara undang-undang yang melindungi pengguna adalah seperti:
1. Akta Ubat 1956
2. Akta Pendaftaran Farmasi 1951
RACUN SERANGGA/BAHAN KIMIA
- Pilihlah makanan (sayur-sayuran atau buah-buahan) yang menggunakan bahan organik .
- Baca lebel cara penggunaan terlebih dahulu sebelum menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia.
ALATAN ELEKTRONIK
- Pilih alatan elektronik yang mempunyai kelulusan SIRIM.
- Pilih alatan elektronik yang mudah dikendalikan serta menjimatkan tenaga.
- Pastikan mendapat ‘warannty’ bagi peralatan elektronik yang dibeli.
- Pengguna yang bijak akan memilih alatan elektronik yang mesra alam!.
- Di Malaysia, undang-undang yang melindungi keselamatan pengguna ialah;
a) Akta Makanan 1983
b) Peraturan-peraturan Makanan 1985
c) Akta ELektrik 1949 (Pindaan 1973)
d) Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia 1975 (SIRIM)
- 3) HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT
Setiap pengguna berhak mendapat maklumat tentang perkara-perkara berikut:
- Harga barangan yang berpatutan
- Mutu barangan yang terjamin
- Berat dan sukatan barangan tepat.
- Isi kandungan barangan
- Cara menggunakan barangan
Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika. Sila rujuk RUKUN NIAGA.
Hak mendapat maklumat yang tepat dan sesuai adalah penting untuk membolehkan pengguna membuat keputusan yang wajar dan bijak semasa membeli.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada LEBEL & IKLAN
LABEL
Pengguna bijak mestilah melihat pada label untuk mendapatkan maklumat seperti:
1. Tarikh luput.
2. Kandungan barangan.
3. Maklumat nutrisi.
4. Berat kandungan.
5. Logo halal yang sah.
Label yang baik mestilah:
- Mengandungi maklumat yang tepat
- Mudah difahami
- Tidak mengelirukan
- Maklumat yang disahihkan
PENGIKLANAN
Pengguna jangan mudah terpengaruh dengan peniklanan yang:
- Mengelirukan
- Gimik promosi
- 4) HAK UNTUK MEMBUAT PILHAN
Pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut:
- Harga barang itu berpatutan
- Barang dalam keadaan baik
- Barang selamat digunakan
- Barang menepati contoh yang diberi atau diiklankan
Belilah barangan buatan Malaysia!
- 5) HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT
- Pengguna berhak menyuarakan pendapat mereka sebagai pengguna melalui badan atau pergerakan pengguna.
- Melalui pergerakan pengguna, segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Dengan cara ini, hak dan kepentingan pengguna dapat dijamin secara berkesan.
- 6) HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI
Pengguna boleh menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang yang dikembalikan. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli makanan dalam tin (contoh ikan sardin) dan mendapat tarikh guna barang ittu telah luput. Anda boleh mendapatkan ganti rugi melalui penggantian tin yang baru atau wang dikembalikan kepada anda.
Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
- barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik (cth; tin kemik)
- barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan
- mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan
- barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna
Pengguna juga berhak mendapat pampasan jika pengguna ditimpa kemalangan ketika berada di kedai peniaga akibat kecuaian peniaga
- 7) HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA
Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional. Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.
Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui beberapa cara iaitu;
- melalui pendidikan formal di sekolah/Institut Pengajian Tinggi dan juga pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling.
- melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti CAP dan FOMCA
- melalui bengkel, seminar dan ceramah yang berkaitan dengan kepenggunaan
- melalui media massa seperti laman sesawang dan juga laman blog berkenaan kepenggunaan.
- 8) HAK UNTUK HIDUP DALAM ALAM SEKITAR YANG SIHAT DAN SELAMAT.
Apa yang anda boleh lakukan?
- Kitar Semula.
- Tanam pokok dihalaman rumah.
- Guna kenderaan awam.
- Kurangkan penggunaan alatan elektrik yang melepaskan CFC.
- Pilihlah produk yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam.
- Kurangkan penggunaan beg plastik. Gunakan beg kitar semula!
- Jimatkan penggunaan kertas, untuk urusan berkaitan gunalah aplikasi elektronik yang mengurangkan penggunaan kertas.
Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?
- Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda perniagaan.
- Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
- Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
- Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
- Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
- Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
- Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
- Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
- Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
- Aduan
disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan.
Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang
kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.
- Talian bebas tol
- Portal Rasmi:
Pengguna sering ditipu menerusi:
- Penipuan Perkhidmatan
- Penipuan Harga
- Cetak Rompak
- Penipuan Jualan Langsung
- Produk Tiruan
- Tanda Harga Yang Mengelirukan
- Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
- Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
- Penipuan Perjanjian Sewa Beli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan