Sabtu, 23 Jun 2012
Behind the scenes at a McDonald's photo shoot
Isnin, 18 Jun 2012
Ahad, 17 Jun 2012
Sabtu, 16 Jun 2012
PENYAPU DARI BOTOL MINUMAN
Khamis, 14 Jun 2012
MINYAK MASAK TERPAKAI
Isnin, 11 Jun 2012
PPIM TV AL HIJRAH SINDIKET PENIPUAN TERHADAP PENGGUNA B 1/2
Ahad, 10 Jun 2012
KENALI PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT
Baru-baru ini, kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Sarawak telah
dilaporkan meningkat sebanyak empat kali ganda iaitu daripada jumlah 213
kes kepada jumlah 806 kes berbanding dengan tahun lepas. Penyakit
tersebut adalah disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus), sejenis
virus yang biasanya terdapat dalam usus. Antaranya virus enterovirus 71
(EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah
ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 31
orang kanak-kanak di Sarawak pada tahun 1997.
Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun,
di mana kanak-kanak tersebut masih mempunyai sistem immuniti yang
rendah, namum ia tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa
sahaja tanpa mengira peringkat usia.
Risiko kanak-kanak untuk menjangkiti penyakit tersebut akan meningkat
jika dia berada di pusat jagaan kanak-kanak atau tadika di mana tempat
tersebut biasanya sesak dan mempunyai kanak-kanak yang banyak.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pusat jagaan
kanak-kanak atau tadika yang mempunyai dua atau lebih kes penyakit
tangan, kaki dan mulut untuk ditutup.
Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri
yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit
ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta
melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung penyakit. Seseorang
pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena
jangkitan. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.
Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namum begitu terdapat juga
kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli
keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah
jangkitan.
Tanda dan gejala penyakit:- Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
- Ulser di tekak dan mulut
- Deman
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
- Kurang kencing
- Penat dan lemah
- Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari.
- Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat.
- Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.
- Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
- Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
- Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas.
- Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
- Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
- Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
- Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
- Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
- Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
- Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
- Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
Perawatan untuk penyakit tangan, kaki dan mulut biasanya ialah
menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit
badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel
kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. Buat
sementara ini, masih tiada vaksinasi untuk penyakit ini.
Rujukan: Info Sihat dan Utusan Malaysia
Minuman 3 dalam 1
Khamis, 7 Jun 2012
Rahsia kesedapan COKE!
Langgan:
Catatan (Atom)